Selasa, 24 Ogos 2010

Bani israil berpindah dari mesir ke palestin

Nabi musa adalah rasul allah yang bergelar ulul azam.Baginda telah menerima wahyu supaya membawa bani israil berpindah dari mesir ke palestin.Suatu malam,berangkatlah nabi musa bersama kaumnya menuju ke palestin,bani israil berasa cemas setelah mengetahui fir'aun bersama tentaranya mengejar mereka untuk menghalang perpindahan itu.Apabila sampai di laut merah,nabi musa terhenti kerana tidak dapat meneruskan perjalanan.Allah mewahyukan supaya nabi musa memulakan tungkatnya ke laut,dengan tiba-tiba air laut terbelah dua.

Setelah fir'aun dan kaumnya sampai di tepi laut dan melihat nabi musa serta kaumnya hampir sampai keseberang dengan tidak lengah-lengah lagi fir'aun dan bala tenteranya melalui jalan yang telah dilalui oleh nabi musa dan bani israil,tetapi sebaik sahaja fir'aun dan tenteranya berada ditengah-tengah laut,maka allah jadikan air laut itu bersambung semula,fir'aun dan tnteranya mati lemas. Allah menyelamatkan nabi musa dan kaumnya.

Demikianlah kuasa allah memberi pertolongan kepada hambanya yang beriman dan menghancurkan golongan derhaka.